CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5350|Reply: 0

[Selangor] Dua pangkalan hadapan perangi curi benih kerang di Selangor

[Copy link]
Post time 13-2-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Amirudin (dua kanan) ketika menanyakan kepada seorang nelayan sepanjang lawatan di Perairan Selangor Utara, hari ini. Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Dua pangkalan hadapan akan dibina di Sabak Bernam dan Kuala Selangor, dekat sini dalam memerangi kegiatan kecurian benih dan anak kerang berkualiti tinggi sepanjang perairan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini menunjukkan tahap keseriusan kerajaan negeri susulan kerang Selangor khususnya adalah antara gred yang disukai berbanding di tempat lain susulan isi lebih besar dan rasanya lebih baik.

Katanya, ini menyebabkan banyak kerang berharga tersebut diseludup ke negara jiran terutama Thailand.

“Apa yang pasti satu (Pangkalan Hadapan) di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Semua agensi penguatkuasaan boleh turun di situ (meletakkan aset mereka) bagi memudahkan proses pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kalau tengok sama ada Pasukan Polis Marin (PPM), Maritim Malaysia (APMM) semua di sini (Pelabuhan Klang), sedangkan jarak dari sini hingga Bagan Nakhoda Omar (BNO) Sabak Bernam adalah kira-kira 60 batu nautika (111.12 kilometer),” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan secara lanjut jumlah benih atau anak kerang telah diseludup ke negara jiran.

Terdahulu, beliau meluangkan masa hampir empat jam dalam menyelusuri perairan dari BNO hingga Markas PPM berhubung aktiviti curi anak dan benih kerang,

Amirudin menjelaskan, sebanyak 10 hot spot termasuk beberapa lokaliti di Sabak Bernam seperti Sungai Haji Dorani yang menjadi lokasi kegiatan curi benih dan anak kerang tersebut.

“Ada orang ambil kesempatan dengan melaksanakan keuntungan singkat dan akhirnya warisan ini (kerang) hilang sedangkan ini untuk nelayan tempatan atau pengusaha kerang.

“Saya pasti ada lokal (orang tempatan) yang terlibat. Kita akan siasat sampai ke bawah termasuk guna akta tertentu dalam menahan mereka,” tegasnya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, kerajaan negeri turut akan memfokuskan kepada kesalahan penggunaan bubu naga termasuk di Bagan Tengkorak, Sabak Bernam.

“Sepanjang jalan kami pun ada menahan beberapa orang untuk mengetahui lebih lanjut berkenaannya dan ada beberapa suspek pengendali bubu naga tetapi operasi mereka sudah lebih sofistikated.

“Mereka tidak lagi menggunakan pacang atau pelampung untuk menanda bubu mereka sebaliknya telah bertukar kepada bubu naga 4.0 iaitu menggunakan Sistem Posisi Sejagat GPS. Kalau penduduk dapat bekerjasama dengan lebih erat dan kuat di samping rondaan lebih kerap, kemungkinan mereka tidak boleh meletakkan bubu naga itu atau alat terlarang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... kerang-di-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.051829 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list