CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6502|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] BNM sekali lagi terima emel ancaman bom

[Copy link]
Post time 13-2-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode

BANK Negara Malaysia. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi menerima emel berkenaan ancaman bom di sini, semalam.

Menurut sumber, setakat ini tiga laporan berhubung ancaman bom diterima iaitu satu di Kuala Lumpur dan dua di Johor.

"BNM semalam menerima e-mel ancaman bom dan di Johor juga ada dua kes serupa. Bagaimanapun pemeriksaan dilakukan mendapati ia ancaman palsu," katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu.



Terdahulu Harian Metro melaporkan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan beliau turut menerima ugutan ancaman bom menerusi emel rasminya daripada individu yang menggelar dirinya sebagai Takahiro Karasawa.

Beliau berkata, kiriman e-mel dari alamat sama juga diterima beberapa pihak yang turut membuat laporan polis.

Menurutnya, sehingga kini polis Johor menerima dua laporan polis berkaitan pengaduan penerimaan emel ancaman berkenaan.

Katanya, hasil siasatan dijalankan, pihaknya tidak mengenalpasti kewujudan sebarang unsur ancaman seumpama itu.

September lalu, Harian Metro melaporkan polis menerima laporan ancaman bom di BNM.

Susulan itu Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pengesanan dan pembersihan, namun tidak menemui sebarang ancaman seperti didakwa.

Sebelum itu, tersebar satu mesej mengenai ancaman bom di bangunan BNM dan kakitangannya diminta bekerja dari rumah susulan penutupan sementara pejabat berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ma-emel-ancaman-bom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.384134 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list