View: 8757|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penduduk bimbang kelibat gajah liar
[Copy link]
|
|
Gua Musang: Kemunculan seekor gajah liar dewasa di kawasan kebun penduduk di Jalan Subong di sini, kembali membimbangkan pekebun di kawasan itu.
Penduduk mendakwa, kemunculan haiwan liar itu di kesan jam 8 pagi semalam apabila dilihat memakan pisang hutan di kebun berkenaan.
Menurut seorang penduduk, Mat Rozi Mat Kasim, 40, berkata, dia sempat merakam kemunculan gajah liar itu dan bimbang haiwan liar itu akan terus muncul di kawasan terbabit.
Katanya, kes kemunculan gajah liar di kawasan terbabit pernah dilaporkan sebelum ini dan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah tiga kali melakukan operasi menangkap gajah dan memindahkan haiwan liar ini.
"Sebelum ini, Perhilitan sudah menangkap dan memindahkan gajah yang mengganggu tanaman dan kebun penduduk di kawasan ini. Kali ini, ia (gajah liar) muncul kembali selepas beberapa bulan operasi memindahkan gajah liar dibuat.
"Keadaan ini sangat membimbangkan kami kerana kawasan itu adalah kebun getah dan sawit penduduk dan kami risau jika terserempak (ia) boleh membahayakan nyawa kami," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
KELIBAT gajah liar yang sempat dirakam penduduk di kawasan kebun di Jalan Subong, di sini. FOTO ihsan Penduduk
Mat Rozi berkata, kejadian ini adalah kejadian berulang sejak dua tahun lalu walaupun sudah ada tangkapan dibuat.
"Saya harap ada tindakan jangka panjang yang boleh diambil bagi menangani masalah ini seperti membina pagar atau longkang gajah dan usaha ini memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan.
"Hampir setiap tahun, kami terpaksa berhadapan dengan gangguan gajah gajah liar yang merosakkan tanaman kami sehingga menyebabkan kerugian berpuluh ribu ringgit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kelibat-gajah-liar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|