CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10479|Reply: 0

[Kedah] Remaja maut langgar kerbau melintas

[Copy link]
Post time 12-2-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Dinie Izzat meninggal dunia selepas motosikal yang dia tunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Kuala Teriang, Kampung Lawer, Langkawi malam tadi.

LANGKAWI – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Kuala Teriang berdekatan dengan Kg. Lawer, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.08 malam itu, mangsa, Muhammad Dinie Izzat Mohd Shukor, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, Balai Trafik Langkawi menerima maklumat kemalangan maut melibatkan motosikal jenis Modenas Kriss yang melanggar haiwan dipercayai kerbau.

“Hasil siasatan yang dijalankan, kemalangan berpunca daripada kerbau melintas jalan dan mangsa tidak sempat untuk membrek. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ar-kerbau-melintas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.065210 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list