CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8246|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Op Selamat 21: 14 kemalangan maut direkodkan semalam

[Copy link]
Post time 12-2-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kes kemalangan maut direkodkan pada hari keempat Op Selamat 21 sempena sambutan Tahun Baharu Cina di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam kenyataan memaklumkan terdapat 14 kematian akibat kemalangan itu.

“Berdasarkan statistik sama turut menunjukkan berlaku 1,203 kemalangan yang mana membabitkan 1,480 kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 21 dilaksanakan di seluruh negara bermula Khamis lalu sehingga esok sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Sebanyak 46 kes kemalangan maut direkodkan bagi tempoh tiga hari Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina bermula 8 Februari lalu sehingga kelmarin.

Dalam tempoh tersebut, direkodkan sebanyak 4,764 kes kemalangan jalan raya berlaku dengan 44 kes kemalangan maut yang mengakibatkan kematian 46 orang.

Menerusi operasi sama juga, ebanyak 5,891 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Turut direkodkan seramai 32 orang merupakan penunggang dan tiga pembonceng motosikal secara tidak langsung terlibat kemalangan maut sekali gus menyumbang 69 peratus jumlah kematian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... direkodkan-semalam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.045573 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list