CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10775|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan lelaki bantu siasatan kamera tersembunyi dalam inap desa

[Copy link]
Post time 11-2-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan lelaki bantu siasatan kamera tersembunyi dalam inap desa

11 Februari 2024 06:46pm



Laporan Sinar Harian pada Sabtu.




GEORGE TOWN - Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita, mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di Kuala Lumpur petang ini, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.



Beliau berkata, polis percaya dengan penahanan lelaki itu, pihaknya akan dapat menyelesaikan siasatan kes insiden tersebut, turut tular di media sosial sejak Jumaat.

"Polis telah mengesan lelaki itu hari ini, sebelum berjaya menahannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian kamera tersembunyi, dalam bilik air tersebut.



"Polis juga telah mendapat perintah reman ke atas lelaki itu selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, kerana mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Difahamkan, lelaki itu merupakan rakan kepada wanita yang membuat laporan polis tersebut dan dipercayai dia turut menginap di inap desa yang sama, bersama beberapa lagi rakan mereka.

Terdahulu hari ini Bernama melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu, selepas pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera tersebut menghubungkan dengan telefon bimbit lelaki berkenaan.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa diintip menerusi kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi di bilik air, ketika sedang bercuti pada 5 hingga 6 Februari lepas. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.203989 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list