CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13524|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Mini Dhaka' meriah dengan penjaja asing

[Copy link]
Post time 11-2-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Antara warga asing yang berkumpul sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: 'Mini Dhaka' yang terletak di Jalan Silang dan Lebuh Pudu, di sini, 'meriah' dengan kehadiran warga asing yang menjaja di sekitar kawasan kaki lima.

Rata-rata penjaja di situ terdiri daripada warga Bangladesh.

Tinjauan BH hari ini, mendapati terdapat lebih 10 penjaja yang menjual barangan seperti manisan, sirih, rokok seludup dan juga ikan di sepanjang kaki lima.



Warga asing yang mengambil kesempatan berniaga di kaki lima ketika tinjauan di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Seorang penjaja ikan warga Bangladesh, berkata bekalan ikan yang dijualnya diperoleh daripada kedai berhampiran.

"Saya dapat ikan ini daripada kedai di belakang sana (berhampiran Jalan Silang). Bekalan ini pula mereka peroleh dari Myanmar. Seekor ikan saya jual pada harga RM11," katanya ketika ditemui.

Ketika BH ingin mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, peniaga itu secara tiba-tiba meninggalkan jualannya dan beredar ke tempat lain, seolah-olah mahu melarikan diri apabila ditanya soalan oleh wartawan.

Tinjauan juga mendapati, terdapat beberapa peminta sedekah daripada etnik Rohingnya yang berkeliaran di kawasan itu.

Sekiranya tidak diberi wang, mereka akan bertindak agresif seperti menarik baju untuk menghalang pejalan kaki daripada pergi ke tempat lain.

Tidak jauh dari Jalan Silang, sebuah stesen bas Rapid KL turut kelihatan dipenuhi warga asing yang berpusu-pusu menggunakan pengangkutan awam sedia ada.

Peniaga air balang yang hanya mahu dikenali Putra berkata, situasi itu di kawasan itu adalah normal terutama ketika musim perayaan.

"Walaupun hari ini boleh dikatakan ramai warga asing, sebenarnya bilangan mereka sudah banyak berkurangan berbanding tahun lalu. Sebelum operasi membanteras 'Mini Dhaka', mereka lebih ramai dan kini (warga asing) lebih berhati-hati.

"Apabila dikelilingi warga asing ini, saya akui sedikit sebanyak agak takut, tetapi saya mahu mencari rezeki terpaksa beranikan diri.

"Peniaga warga asing ini juga mengganggu perniagaan saya kerana mereka menghalang laluan. Walaupun kawasan ini dibanjiri manusia, namun jualan tidak menguntungkan. Sehingga jam 1 tengah hari tadi, saya hanya dapat menjual 10 kelapa sahaja," katanya.

Pada 21 Disember lalu, BH melaporkan lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung 'Dhaka mini' di Jalan Silang.

Serbuan bermula jam 11 pagi itu menumpukan koloni warga asing yang dilihat semakin 'besar kepala' dengan berlagak seperti warga tempatan.

Anggota pasukan keselamatan lengkap bersenjata dan peralatan khas dilihat mula memecah masuk ke setiap premis membabitkan empat blok di jalan berkenaan bagi menjejak warga asing yang cuba melarikan diri.

Difahamkan, serbuan dijalankan bagi menangani kebanjiran warga asing di Jalan Silang dan perniagaan yang dimiliki serta menggajikan warga asing secara haram.
https://www.bharian.com.my/berit ... engan-penjaja-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054330 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list