CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13532|Reply: 0

[Selangor] Wanita lemas tanpa pakaian ditemui di Pandan Lake View

[Copy link]
Post time 11-2-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan bomba membawa keluar mayat mangsa di Pandan Lake View, Pandan Perdana, Ampang, pagi tadi.

AMPANG JAYA – Seorang wanita ditemui lemas dalam keadaan tidak berpakaian di Pandan Lake View, Pandan Perdana, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya meneria laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.13 pagi.

“Menurut saksi kejadian yang berada di kawasan tasik tersebut, mangsa dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian telah masuk ke dalam tasik dan dipercayai lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azam, mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu ditemui tanpa sebarang identiti bersamanya.

“Mangsa berjaya dijumpai dengan bantuan dari pihak Bomba (Unit Selam) kira-kira dua jam selepas kejadian di tasik yang sama tanpa berpakaian,” ujarnya.

Tambah beliau,  terdapat tanda kesan suntikan BCG pada bahu kiri mangsa.

Katanya, mayat mangsa telah di hantar ke Bahagian Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-pandan-lake-view/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.639977 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list