CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18825|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Op Motosikal, Op Samseng Jalanan: Polis keluarkan 731 saman

[Copy link]
Post time 11-2-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode

POLIS melakukan pemeriksaan dalam Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan di ibu negara. FOTO Ihsan Polis

Kuala Lumpur: Sebanyak 731 saman dikeluarkan menerusi Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan yang diadakan di sekitar ibu negara, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, tiada lesen sah antara kesalahan tertinggi dicatatkan pada operasi itu.

Menurutnya, operasi itu dijalankan di Jalan Loke Yew, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) dan Jalan Kuching bermula 10 malam sehingga awal pagi tadi.

"Saman paling banyak ialah tiada lesen memandu iaitu 191 kes, tidak pamer pelekat L/P (146 kes), tiada nombor pendaftaran (86 kes), nombor plat tidak ikut peraturan (74 kes) dan cukai jalan tamat tempoh (68 kes).



"Selebihnya lain-lain kesalahan antaranya ubah suai struktur kenderaan (10 kes), tidak ikat kemas topi keledar (15 kes) dan ubahsuai ekzos (12)," katanya hari ini.

Sarifudin berkata, sebanyak 19 motosikal turut disita kerana didapati diubahsuai struktur kenderaan terbabit dan atas lain-lain kesalahan.

Katanya, empat mat rempit turut ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya iaitu wheelie dan superman pada awal pagi tadi.

"Mereka yang ditahan berusia 19 hingga 23 tahun selain salah seorang daripadanya memiliki rekod lampau bersabit kes dadah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... keluarkan-731-saman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.381864 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list