CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20998|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Saya wanita tanpa rahim'

[Copy link]
Post time 11-2-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode

Siti Maisara menunjukan video TikToknya yang berkongsi mengenai kanser rahim.

Kuala Lumpur: Seorang wanita kini berdamai dengan takdir apabila dia terpaksa membuang rahim selepas didiagnosis kanser rahim tahap 1A, empat tahun lalu.

Walaupun masih bujang, Siti Maisara Mohd Sukardi, 35, terpaksa mengambil keputusan itu demi kehidupan lebih berkualiti kerana sel kanser berisiko merebak dan lebih serius.

Berkongsi kisahnya, Siti Maisara yang mesra disapa Sara berkata, dia tidak pernah menyangka kekejangan dan sakit perut dialami lebih lima jam sehingga keluar ketulan darah sebelum mengalami 'tumpah' darah sepanjang tujuh bulan adalah petanda menghidap kanser rahim.

Menurutnya, pemeriksaan doktor pada 2020 itu bagai 'menamatkan' hidup apabila disarankan rahimnya dibuang bagi mengelakkan kanser terus merebak ke bahagian lain.



"Ketika itu perut saya seperti wanita hamil dan pada mulanya hospital jangka kanser sudah berada di tahap empat tetapi untuk kanser rahim, pesakit perlu buang bahagian itu untuk memastikan dengan tepat tahap sebenarnya.

"Biarpun kanser saya didiagnosis tahap 1A yang mana sel kanser tidak terlalu agresif dan tidak perlu kemoterapi tetapi ia tetap kanser yang berisiko merebak dan serius, malah simptom saya juga agak teruk apabila tumpah darah selama tujuh bulan.

"Jadi tiada cara lain untuk berusaha menyelamatkan diri dan saya percaya dengan aturan Allah SWT kerana yakin ujian ini diberikan kerana saya boleh melaluinya jadi saya bangkit daripada kesedihan untuk teruskan kehidupan," katanya.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, kehilangan organ paling berharga sebagai wanita bukan mudah kerana dia merasakan kehidupannya seperti tiada makna apatah lagi tidak akan berpeluang mempunyai zuriat sendiri.

"Saya mengambil masa dua minggu untuk berdamai dengan takdir dan beruntung keluarga serta rakan sentiasa memberi sokongan.

"Malah saya juga melalui episod sukar apabila teman lelaki meninggalkan saya akibat kekurangan itu.

"Saya bersyukur walaupun hilang rahim tetapi Alhamdulillah saya masih diberikan pinjaman nyawa dan jalani kehidupan baik, walaupun sel kanser sudah tiada saya masih makan ubat," katanya bekerja sebagai pembantu peribadi, ejen insurans, model dan penyanyi sambilan.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Siti Maisarah berkata, sebagai pejuang kanser rahim, dia mahu menyebarkan kesedaran penyakit itu kepada kaum wanita supaya sentiasa peka dengan menjalani pemeriksaan tahunan.

Menurutnya, ia juga memberinya semangat untuk sentiasa positif, malah berkongsi cerita juga dianggap sebagai terapi untuknya yang pernah melalui fasa kemurungan dan tekanan tinggi selepas membuang rahim.

"Saya gembira apabila ramai wanita mahu mendapatkan info penyakit ini, malah ada yang menyangka kanser rahim hanya berlaku kepada wanita berusia dan sudah berkahwin tetapi sebenarnya ia boleh menyerang wanita muda dan bujang.

"Pengalaman saya pernah berada satu wad dengan pesakit kanser rahim seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang terpaksa membuang rahim.

"Adik itu seperti biasa nampak kuat menjadikan saya juga mahu kuat sepertinya.

"Jadi saya mahu mereka yang senasib untuk terus kuat dan menjalani rawatan serta pemeriksaan dengan doktor supaya penyakit dapat dirawat dengan baik," katanya.

Menurut Siti Maisara, kehidupannya kini bahagia, malah lebih membahagiakan apabila dia juga sudah menemui lelaki yang menerima kekurangan dirinya, malah keluarga lelaki itu juga menerimanya dengan baik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -wanita-tanpa-rahim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.758792 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list