CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21097|Reply: 0

[Selangor] Rider mengamuk rosakkan cermin sisi kereta di lorong SmartLane

[Copy link]
Post time 11-2-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar insiden penunggang motosikal itu merosakkan cermin sisi sebuah kereta semalam.

PETALING JAYA – Satu klip video yang memaparkan seorang penunggang motosikal merosakkan cermin sisi sebuah kereta tular di media sosial.

Menerusi hantaran Akhi Ismile di Facebook, cermin sisi keretanya ditujal ketika menggunakan laluan Smartlane ketika berhampiran persimpangan Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam.

“Di laluan SmartLane pun kena tendang side mirror. Tepi highway selang 500 meter (m) ada signboard SmartLane,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi kerosakan cermin sisi keretanya akibat perbuatan penunggang motosikal terbabit.

Tidak puas hati melihat aksi penunggang berkenaan, orang ramai mengecam dan berharap pelaku dapat diambil tindakan dengan segera.

“Rider tak cakna pasal SmartLane la tu. benda dah “halal” guna pun masih ingat “haram” kereta guna,” komen Mohd Saifullah.

“Report polis lah, tengok samseng mcm mana,” kata Mohamad Amirul Jais.

“Majoriti tak tahu kewujudan SmartLane, duduk dalam gua mungkin. Bertabahlah owner, nombor plat dah dapat. Harap ada tindakan pihak berkuasa,” ujar Akmal Dahlan. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-lorong-smartlane/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.606041 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list