CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29237|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga kenderaan hangus terbakar di parkir pangsapuri

[Copy link]
Post time 10-2-2024 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Tiga kenderaan hangus terbakar di parkir pangsapuri

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
10 Februari 2024 07:53pm




Tiga kenderaan yang diletakkan di aras bawah Pangsapuri Desa Intan, di Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, Ayer Itam terbakar dalam kejadian pada Sabtu.




GEORGE TOWN - Keceriaan menyambut sambutan Tahun Baharu Cina bagi penduduk Pangsapuri Desa Intan di Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, Ayer Itam bertukar cemas selepas tiga buah kenderaan yang diparkir di aras bawah musnah dalam kebakaran pada tengah hari Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 12.02 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong bergegas ke lokasi kebakaran.



Menurutnya, kebakaran di aras bawah Block 7 A melibatkan kenderaan jenis Produa Myvi dan Produa Kancil serta sebuah motosikal SYM Bonus selain mengakibatkan dua unit kompresor penghawa dingin di bangunan berhampiran rosak disebabkan terkena bahang.

"Kesemua kenderaan terlibat mengalami 80 peratus kemusnahan akibat kebakaran.



"Kebakaran telah dapat dikawal pada jam 12.18 tengah hari sebelum berjaya dipadam sepenuhnya hampir sejam kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi memadam api turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berhampiran.

Katanya, pasukan bomba seterusnya melakukan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan lokasi kejadian benar-benar selamat dan operasi ditamatkan pada jam 1.43 petang.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.491399 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list