CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32615|Reply: 0

[Kedah] Bomba hadapi kesukaran padam kebakaran rumah di Kampung Sadu

[Copy link]
Post time 10-2-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Bomba hadapi kesukaran padam kebakaran rumah di Kampung Sadu


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Sadu. FOTO ihsan bomba




Sik: Anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sadu, di sini, hari ini, disebabkan laluan sempit, pili bomba jauh dan cuaca panas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pili bomba pada jarak 600 meter dari lokasi kebakaran.

Beliau berkata, api cepat merebak disebabkan faktor angin yang kuat selain cuaca kemarau ketika ini.

"Anggota kami menerima maklumat berhubung kebakaran ini pada jam 3.03 petang dan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Soffuan Sabri bersama 10 anggota yang membabitkan sebuah rumah.
"Tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah kerana penyewa berada di luar ketika kebakaran berlaku.





"Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jeniang seramai lima orang yang ketika itu sedang menyambut Tahun Baharu Cina.



Disiarkan pada: Februari 10, 2024 @ 6:16pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.442888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list