CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24332|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita jumpa kamera pengintip dalam bilik air inap desa

[Copy link]
Post time 10-2-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Wanita jumpa kamera pengintip dalam bilik air inap desa

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
10 Februari 2024 12:45pm\




Perkongsian wanita itu di laman sosial mengenai mimpi ngeri yang dialami selepas menemui kamera pengintip.




GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang perempuan berkenaan penemuan kamera kecil tersembunyi di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu apabila pengadu berusia 24 tahun menemui kamera itu dikatakan disorokkan dalam sebuah bekas pewangi tandas di dalam bilik air inap desa terbabit.



Menurutnya, wanita yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi bersama tiga orang rakannya mendaftar masuk di inap desa itu pada Isnin untuk bercuti dan menemui kamera berkenaan sehari kemudian.

"Polis ingin mengesahkan kita telah menerima laporan mengenai kejadian ini dan kes di siasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.



"Kini kita akan menyiasat kes ini dari pelbagai sudut kerana hasil pemeriksaan awal terhadap kamera terbabit mendapati tiada sebarang imej atau video yang terdapat dalam storan kamera terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Razlam turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai perkongsian pengalaman ngeri wanita terbabit yang menemui sebuah kamera pengintip yang disorokkan dalam bekas pewangi tandas.

Susulan itu, beliau bersama rakannya tidak dapat tidur sepanjang malam disebabkan trauma dengan insiden tersebut.




Lebih teruk lagi, insiden itu telah menghantui pemikiran mereka dan emosi kerana bimbang akan diaibkan melalui imej dan video yang dirakam kamera terbabit.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066106 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list