CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25888|Reply: 220

[Tempatan] TERKINI: Mahkamah Persekutuan putuskan 16 kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan batal, tidak sah

[Copy link]
Post time 9-2-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 10-2-2024 09:46 PM

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 hari ini memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Dalam penghakiman itu, Tengku Maimun berkata Seksyen 11, 14, 16, 17, 31, 34 , 36, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 47, 48 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.


Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli pula membuat keputusan bertentangan.

Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.

Mereka mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.

Berikut adalah 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang diputuskan sebagai terbatal dan tidak sah.

Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat
Seksyen 14: Liwat
Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat
Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia
Seksyen 31: Gangguan seksual
Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu
Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan
Seksyen 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat
Seksyen 40: Melaksanakan transaksi muamalat yang bertentangan dengan 'hukum syarak' (undang-undang syariah)
Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga mualat melalui riba
Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal
Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat
Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat
Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan
Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram
Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)

Dua seksyen yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan ialah Seksyen 13 iaitu menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral dan Seksyen 30 iaitu menggunakan perkataan yang boleh memecahkan keamanan.
-- BERNAMA

****************************************
Menerusi keputusan majoriti 8-1, Tengku Maimun turut menegaskan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, kuasa perundangan Persekutuan dan negeri ditentukan Perlembagaan menerusi jadual itu yang telah menggariskan undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen serta Badan Perundangan Negeri.
Berikut perincian penghakiman:


* "Jika ada pihak mencabar undang-undang digubal oleh badan perundangan negeri yang dilaksanakan di mahkamah syariah atas alasan ia tidak memiliki kuasa untuk berbuat demikian.."

* "... dan jika mahkamah sivil membenarkan cabaran itu, pihak yang mencabar dan mahkamah sivil tidak boleh dikatakan menentang allah kerana undang-undang yang dicabar bukanlah sesuatu yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah sebaliknya oleh badan perundangan negeri."

* "Jika isu pencabaran undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri atau badan perundangan negeri dilihat dari sudut ini maka tidak timbul soal mahkamah sivil tidak mempertahan kedudukan agama Islam atau tidak memperkasakan mahkamah syariah."

* "Terdapat tiga jenis hukuman di bawah undang-undang islam iaitu hudud, qisas dan takzir."

* "Hudud adalah hukuman yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah S.W.T. manakala qisas ialah hukuman yang dikenakan hukuman balas seperti nyawa dibalas dengan nyawa dan melukakan dibalas dengan melukakan."

* Takzir pula adalah hukuman yang tidak ditentukan oleh Allah tetapi kadar dan bentuk hukuman ditentukan oleh kerajaan/pemerintah dan akan dijatuhkan kepada penjenayah mengikut budi bicara hakim."

* "Setakat hari ini mahkamah syariah di Malaysia tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas tetapi hanya takzir, sama seperti mahkamah sivil."

* Justeru tidak ada bezanya mahkamah syariah dan mahkamah sivil kerana kedua-dua sistem melaksanakan hukuman takzir."

* Perbezaannya cuma hukuman takzir yang dilaksana oleh mahkamah syariah adalah bersumberkan atau mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di peringkat negeri dan diluluskan oleh badan perundangan negeri"

* "Manakala hukuman takzir yang dilaksana oleh mahkamah sivil adalah mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di peringkat persekutuan dan diluluskan oleh Parlimen."

Menurut Tengku Maimun, sama ada Islam atau Mahkamah Syariah dipertahan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam kes ini," kata beliau ketika membacakan penghakiman dalam kes itu.

Menerusi keputusan majoriti 8-1, Tengku Maimun turut menegaskan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 02:54 PM | Show all posts
ada isu ke yang trigger lawyer ini utk buat petisyen?
cepat juga kes ni dapat keputusan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 03:02 PM | Show all posts
adakah semua pertuduhan di bawah mahkahmah syariah terbatal secara automatik? mohon penjelasan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kudos kak nik.
TaniYa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 03:36 PM | Show all posts
mcm mana acik nik elin ni boleh cabar enakmen ni semua? dia loyer ek? dia buat utk apa? aku tak faham la kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 03:39 PM | Show all posts
takut kerajaan kelantan ni buat undang2 sesuka hati, padahal melanggar federal constitution
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke kes seksyen 16 kat tanah air? Apa kata danish? Cari pelacur?




Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 04:07 PM | Show all posts
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama jugak ada dalam undang2 sivil persekutuan.  jd dibatalkan yg kt kelantan, supaya kalau ada pertuduhan, boleh caj terus masuk mahkamah sivil persekutuan dan tak perlu dibawa ke mahkamah syariah kelantan.  takdela overlap satu kes tapi nak kene bicara 2 kali bawah mahkamah syariah dan sivil.  cuma yg menariknya, undang2 persekutuan mengatasi undang2 syariah negeri.

so bukan bermakna kt kelantan korang bleh meliwat ke menutuh kambing ke memondan ke, benda tu tetap jenayah jugak cumanya korang akan dicaj bawah undang2 persekutuan.  yg mana hukuman federal ni lg berat dr syariah sbnrnye.  mcm meliwat tu kalau syariah max 2 thn penjara je, federal tu bleh pegi smpi 10thn. gitu le kefahaman aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 9-2-2024 04:07 PM
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama  ...

Hukuman ikut undang2 persekutian lebih berat berbanding hukuman ikut undang2 shariah.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat ig twitter ramai kecam. Padahal diorang x faham sebenarnye.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 04:23 PM | Show all posts
annehuda replied at 9-2-2024 04:07 PM
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama  ...

ok note.....ty dgn penerangan anda...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunakimchi replied at 9-2-2024 04:12 PM
Kat ig twitter ramai kecam. Padahal diorang x faham sebenarnye.

Itulah.  Yg konon2 alim ulama pun x jelaskan, nak menangguk di air keruh, yg marhaen ni pun jd ikut protest  sama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal orang merentan pasal kes ni? Mohon lukiskan utk marhaen seperti aku...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
So cmne nak buat hudud kalau federal court zaman Madanon tu sendiri dah batalkan byk enakmen syariah..haishh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 9-2-2024 04:07 PM
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama  ...

Itulah aku pun paham mcm ni jgk. Yg umat bodo2 x Tau apa2 terus berdemo bagai ni apa kehalnya? Undang2 tu pun wujud digubal tahun 80an. Apa sebelum 80an Islam x ada ke kat msia ni?

Lg pun undang syariah kat msia ni bkn ikut Islam sgt. Celah mn kesalahan berkhalwat ke berzina ke hukumannya bayar denda? Bkn kena sebat ker kalo ikut btl2 punya undang2 Islam?

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 9-2-2024 04:07 PM
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama  ...

Ok thank you... Penerangan yang jelas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 04:47 PM | Show all posts
annehuda replied at 9-2-2024 04:07 PM
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama  ...

Aku paham pun cenggini..
Tapi ada apa2 impact tak??

Aku rasa the same things pun ada jadi kat other states.. tapi tak tau yg mana..
sebab reporter ada tanye dia whether dia nak lawan other ADUN dia kata tak..


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 9-2-2024 04:07 PM
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama  ...

Owhhh ok faham.abestu yg diorg beria bantah tu kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:24 PM | Show all posts
pembatalan enakmen2 syariah di negeri Kelantan ni bagus, negeri2 lain akan turut semak undang2 yg bertindih dgn fed con
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 9-2-2024 04:07 PM
yg aku paham mcm ni, kesemua seksyen yg disebutkan tu ade dalam undang2 syariah kelantan, tapi sama  ...

Owh gitu.. Tq sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.148814 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list