CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13258|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja p-hailing buat 'gila' tunggang motosikal tanpa brek

[Copy link]
Post time 9-2-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja p-hailing buat 'gila' tunggang motosikal tanpa brek


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Zulkifly Ismail menunjukkan motosikal yang digunakan seorang lelaki untuk perkhidmatan p-hailing telah diubahsuai termasuk tiada brek belakang ketika pemeriksaan dalam Ops Motosikal di Plaza Tol Pulau Pinang. FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Pekerja p-hailing mempertaruhkan nyawanya selepas motosikal ditungganginya dikesan tidak mempunyai brek dalam Op Motosikal dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dekat sini, malam tadi.

Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebanyak 453 motosikal diperiksa dan 135 penunggang dikenakan tindakan termasuk 181 notis saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata pemilik motosikal berkenaan mengubah suai kenderaannya yang boleh mengundang bahaya kepada dirinya sendiri serta pengguna jalan raya lain.

"Motosikal ditunggang lelaki berusia 30-an itu melakukan tiga kesalahan pengubahsuaian iaitu tidak mempunyai brek, menggunakan tayar bersaiz kecil dan 'lower arm' lebih panjang.

"Tindakan itu akan mengundang bahaya terhadap penunggang terbabit terutamanya apabila motosikalnya didapati tiada brek belakang yang ia penting untuk keselamatan.

"Apatah lagi, penunggang ini terdedah kepada risiko kerana dia bertugas di jalan raya untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan," katanya motosikal itu disita untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Zulkifly berkata, operasi itu turut menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya sebelum ujian saringan air kencing mendedahkan dia positif dadah.

"Lelaki berusia 20-an itu memberi pelbagai alasan ketika ditahan namun selepas ujian saringan yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati dia positif ganja," katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 7,691 kenderaan pada Op Khas Perayaan Tahun Baharu Cina bagi tempoh antara 1 hingga 7 Februari lalu, di seluruh negeri ini.

Katanya, sebanyak 1,175 kenderaan telah diambil tindakan dan 2,221 notis saman dikeluarkan, manakala 108 kenderaan disita selepas melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.



Disiarkan pada: Februari 9, 2024 @ 10:14am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.145645 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list