CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29745|Reply: 0

[Sabah] Kesan Tapak Kaki Buaya Di Tebing Sungai – Bomba Kinabatangan

[Copy link]
Post time 8-2-2024 10:38 PM | Show all posts |Read mode


Operasi SAR sedang dilakukan di sekitar Sungai Koyah berhampiran sebuah ladang di Kampung Paris, Kinabatangan.

KINABATANGAN : Kesan tapak kaki buaya ditemui di lokasi lelaki warga asing dilaporkan hilang dalam kejadian di Sungai Koyah berhampiran sebuah ladang di Kampung Paris 2, di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah berkata, mangsa dikenali Roberto Martinus, 48, sering melakukan aktiviti memancing di sungai tersebut.

“Menurut sumber, mangsa biasanya memancing bersendirian sebelum masuk bekerja. Ketika kejadian pagi tadi, mangsa dipercayai disambar di tebing sungai tersebut.

“Hasil pemeriksaan terdapat kasut dan peralatan memancing serta beberapa ekor ikan hasil daripada memancing di lokasi kejadian.

“Selain itu, terdapat kesan tapak buaya pada tanah di lokasi mangsa dipercayai dibaham,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan di sekitar lokasi kejadian.

“SAR dilakukan sejauh tiga kilometer dari lokasi kejadian namun sehingga kini mangsa belum ditemui dan maklumat terkini akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.161535 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list