CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan pastikan keamanan negeri kekal terpelihara

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:35 PM | Show all posts |Read mode


HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus berusaha memastikan keamanan dan ketenteraman yang dikecapi rakyat berbilang kaum di negeri ini terus kekal terpelihara.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, keamanan itu memberi peluang kepada rakyat untuk menyambut dan meraikan perayaan serta kebudayaan masing-masing seperti Tahun Baharu Cina, dalam keadaan harmoni.

“Kerajaan negeri juga akan terus memberi sokongan untuk memastikan kepelbagaian perayaan dan kebudayaan rakyat dapat dipertahankan sekali gus terus diwarisi generasi akan datang.

“Kita bersyukur kerana rakyat Malaysia di Sabah, terutamanya yang berketurunan Tionghua akan menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini, iaitu Tahun Naga dalam suasana aman, harmoni dan penuh kegembiraan.

“Semoga kehadiran tahun baharu ini membawa lebih banyak kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat serta negeri ini, selain meningkatkan lagi pelbagai sektor termasuk industri pelancongan, pelaburan serta pembangunan modal insan,” katanya dalam perutusannya sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024, di sini hari ini.

Hajiji dalam perutusannya turut menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di negeri ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua masyarakat Tionghua dan yang meraikannya di negeri ini,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/08/kerajaan-pastikan-keamanan-negeri-kekal-terpelihara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.056133 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list