CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1948|Reply: 0

[Sabah] Penjenayah tinggalkan 110 tong dram berisi petrol semasa serbuan di Pitas

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:25 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian rampasan tong berwarna biru mengandungi minyak petrol yang dirampas dalam serbuan terbabit.

KUDAT: Sekumpulan individu yang dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan terpaksa meninggalkan sejumlah minyak petrol selepas diserbu sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, serbuan jam 9.30 pagi di Jeti Kampung Pagasaon, Pitas berjaya merampas 110 tong dram berisi minyak petrol yang ditinggalkan di kawasan hutan paya bakau.

“Semasa melakukan rondaan di kawasan jeti berkenaan, beberapa individu yang tidak dikenali dikesan berada diatas pam bot dan sedang memunggah tong dram yang dipercayai mengandungi minyak petrol.

"Pasukan PPM kemudian bergegas ke hujung jeti yang dijadikan tempat pemunggahan itu, bagaimanapun kesemua suspek bertindak melarikan diri menggunakan bot pam sebaik menyedari kehadiran PPM, katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi itu menemukan 55 tong dram berwarna biru dengan setiap tong berkapasiti 200 liter petrol.

"Turut ditemukan 55 lagi tong dram plastik dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM40,000.

"Semua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, semua petrol berkenaan dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

"PPM akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi mengekang sebarang aktiviti dan perlakuan jenayah yang melanggar undang-undang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.071351 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list