CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2078|Reply: 0

[Sabah] Ruslan cadang wujud Daerah Kecil Lumadan

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-2-2024 01:36 PM



SEMANGAT PERAYAAN: Ruslan bersama Matbali mengadakan program walkabout di pekan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2024.

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam bercadang untuk menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan sebagai sebagai sebuah Daerah Kecil.

Mengulas lanjut, Ruslan memberitahu antara usaha-usaha awal ialah dengan mengenal pasti lokasi pusat pentadbiran yang ini sedang giat dimulakan.

"Hasrat ini kita mulakan dengan proses kenal pasti lokasi dan kini dalam proses berunding dengan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk mengenal pasti tanah-tanah rizab kerajaan yang strategik untuk merealisasikan perkara itu.

"Usaha ini baru di peringkat perbincangan dan kita juga sudah minta pihak JTU kenal pasti tanah-tanah rizab kerajaan yang sesuai untuk dibangunkan sebuah bandar baharu sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Lumadan.

"Kita perlukan satu kawasan strategik yang berkeluasan sekurang-kurangnya 80 hektar dan berdekatan dengan lebuh raya Pan Borneo," katanya ketika ditemui di selepas mengadakan program 'Walkabout' sempena Tahun Baharu Cina, di Pekan Beaufort.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.

Dalam perkembangan sama, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan memberitahu, pihaknya juga telah mengenal pasti satu lokasi untuk tujuan itu sekiranya tiada kawasan rizab kerajaan yang sesuai.

Katanya, terdapat satu lokasi di kawasan Kampung Lingkungan, Bukau, Jaya Baru dan Padas Valley milik Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dan Borneo Samudera yang menepati keperluan itu.

"Jika kerajaan negeri bersetuju, ia sudah tentu akan mempermudahkan usaha murni ini dan saya menjangkakan usaha awal ini akan mengambil masa dua tahun untuk selesai," katanya.

Tambah beliau, hasrat mewujudkan Daerah Kecil Lumadan bertujuan memperkasakan lagi pembangunan di kawasan itu supaya selari dengan daerah kecil berdekatan lainnya seperti Daerah Kecil Menumbok di Kuala Penyu.

Selain itu katanya, usaha itu juga dapat meringankan beban Pejabat Daerah Beaufort dan Sipitang memandangkan kawasan ini luas kerana mempunyai dua DUN dan dua kawasan Parlimen.

"Dengan wujudnya Daerah Kecil Lumadan, usaha untuk meningkatkan pembangunan di kawasan ini akan lebih mudah dan terancang, sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat.

"Sebagai wakil rakyat, saya harus berpandangan jauh dan inisiatif ini adalah antara visi serta misi saya untuk meningkatkan pembangunan di kawasan ini selari slogan kita 'Lumadan Sejahtera'.

"Saya berharap melalui usaha ini, saya dapat menyediakan satu legasi dan pembangunan mapan yang akan diteruskan oleh kepimpinan baharu di kawasan ini pada masa depan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.314631 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list