CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2031|Reply: 0

[Sabah] Pejabat See Hua Daily News Tawau terima kunjungan ADUN Sri Tanjung

[Copy link]
Post time 8-2-2024 09:20 PM | Show all posts |Read mode


LIMAU: Frankie (kanan) menerima sumbangan limau mandarin daripada Justin.

TAWAU: Pejabat See Hua Daily News Tawau menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Justin Wong sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengurus See Hua Daily News Tawau, Frankie Ling berkata, kunjungan ini sangat bermakna kepada semua kakitangan di syarikat ini.

Katanya, melalui kunjungan itu dilihat dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan di sini dengan pemimpin tempatan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Justin kerana sudi datang ke pejabat ini dan memberikan buah tangan limau mandarin untuk semua kakitangan di sini.

“Setiap tahun kita menerima kunjungan dan sumbangan limau mandarin daripada ADUN Sri Tanjung,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Menurutnya, sambutan perayaan sebegini memang waktu paling tepat untuk semua masyarakat dan pemimpin dapat berjumpa serta bersilaturahim.

“Saya harap hubungan syarikat akhbar kami dengan pemimpin tempatan di daerah ini terus berkekalan sampai bila-bila,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.093356 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list