CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9635|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mekanik rugi RM200,000, motosikal pelanggan dijilat api

[Copy link]
Post time 8-2-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Fawwaz (kanan) bertemu Mazlan di lokasi kejadian di Kampung Guar Perahu, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang mekanik berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM200,000 selepas bengkel motosikal yang disewanya sejak 12 tahun lalu musnah dalam kebakaran di Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam di sini, pagi tadi.

Mazlan Japar,46, berkata, dia yang tinggal di Bukit Berangan bergegas ke bengkelnya selepas menerima panggilan daripada penduduk berhampiran kira-kira pukul 3 pagi.

“Api sangat marak ketika saya sampai dan sejujurnya, memang terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan motosikal pelanggan yang sedang dibaiki.

“Sepanjang menyewa di sini, ini adalah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku dan sejujurnya saya sedih, namun tak boleh nak buat apa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, bapa kepada tiga anak itu berkata, hanya beliau dan adiknya yang bekerja di bengkel terbabit.

Katanya, laporan polis sudah dibuat dan akan menunggu hasil keputusan siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Saya merancang untuk mendirikan semula bengkel ini kerana ini punca pendapatan utama kami.

“Apapun, saya reda dengan apa berlaku dan berharap rancangan bina semula ini berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan turut melawat lokasi kejadian dan menghulurkan sumbangan peribadi kepada Mazlan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... anggan-dijilat-api/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.033416 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list