CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9474|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis selamatkan remaja 17 tahun dijadikan GRO

[Copy link]
Post time 8-2-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode

DUA remaja warga Laos yang diselamatkan pasukan D3 dalam serbuan di pusat hiburan di Taman Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. FOTO Ihsan Polis.

Kuala Lumpur: Dua remaja warga Laos yang disyaki dijadikan wanita pelayan pelanggan (GRO) diselamatkan pasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, awal pagi tadi.

Operasi dengan kerjasama pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat itu menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor pada 1.30 pagi.

Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan, kebanyakan pelayan dan pelanggan sedang berhibur di dalam premis.

"Seramai 21 individu diperiksa dan pasukan berjaya menyelamatkan dua remaja warga Laos berusia 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.



"Hasil pemeriksaan itu, seramai menahan 15 individu termasuk seorang wanita berusia 56 tahun yang dipercayai 'mummy' kepada GRO ditahan," katanya.

Sumber berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada enam warga Vietnam; Laos (5); Myanmar (2); dan masing-masing seorang warga Bangladesh dan tempatan yang berusia antara 18 hingga 56 tahun.

"Siasatan awal polis, premis beroperasi sejak tujuh tahun lalu dengan menjalankan perniagaan karaoke dan turut menawarkan pelayan pelanggan wanita warga asing.

"Premis dilengkapi kawalan kamera litar tertutup (CCTV) dan mempunyai beberapa ruang dan bilik rahsia yang dijadikan tempat persembunyian bagi mengelakkan GRO ditangkap," katanya.

Katanya, pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen perniagaan namun beroperasi melebihi masa ditetapkan sehingga jam 6 pagi setiap hari.

Sumber berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1)(c); Seksyen 55B; Seksyen 39B serta Seksyen 15 (1) ( c ) Akta Imigresen 1956/63.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tahun-dijadikan-gro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.059020 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list