View: 9924|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penganggur mengaku langgar pegawai JPJ
[Copy link]
|
|
MOHD Noor Nashriq mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua pertuduhan cubaan bunuh pegawai JP dan gagal mematuhi isyarat berhenti, 19 Januari lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan cubaan bunuh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan gagal mematuhi isyarat berhenti, 19 Januari lalu.
Mohd Noor Nashriq Nawawi, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa cuba membunuh dengan melanggar pegawai JPJ, Mohamed Azrin Abdul Wahab, 44, ketika memandu Perodua Kancil hingga mangsa cedera.
Perbuatan itu dilakukan di sekatan jalan raya (SJR) di hadapan Akademi JPJ Malaysia Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai di sini, 9 malam, pada 19 Januari 2024.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa gagal mematuhi isyarat untuk berhenti yang diberikan oleh Pembantu Penguatkuasa JPJ, Ahmad Shukri Ibrahim, 41, pada masa dan lokasi yang sama.
Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Februari ini untuk jatuh hukuman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... langgar-pegawai-jpj |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|