CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10274|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga asing ditahan cuba tawar rasuah penguat kuasa

[Copy link]
Post time 8-2-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-2-2024 08:15 AM



S.KARUNANITHY

SANDAKAN: Seorang lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah ditahan kerana disyaki cuba menawarkan rasuah kepada anggota penguat kuasa yang sedang bertugas.

Suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 20an telah ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Cawangan Sandakan kira-kira jam 6 petang semalam.

Menurut sumber, suspek itu dikatakan cuba menawarkan kira-kira RM100 kepada anggota penguat kuasa sebagai balasan untuk tidak dikenakan sebarang tindakan atas pelbagai kesalahan di pusat bandar Sandakan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan penahanan lelaki warga asing terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan menawarkan rasuah kepada penjawat awam.

Datuk S. Karunanithy turut memuji tindakan anggota penguat kuasa terbabit yang telah menolak tawaran rasuah berkenaan.

“Saya menyeru agar lebih ramai penjawat awam terutamanya daripada agensi-agensi penguat kuasa untuk melaporkan kesalahan rasuah kepada SPRM,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047885 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list