CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10402|Reply: 0

[Selangor] Minyak masak peket Pahang diseleweng di Selangor

[Copy link]
Post time 8-2-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Zuhairy (dua kanan) menunjukkan minyak masak peket dan gas yang dirampas daripada dua sindiket berlainan sekitar Selangor. -Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kegiatan penyelewengan minyak masak peket bersubsidi berjaya dipatahkan dengan merampas 6,800 peket minyak tersebut dalam serbuan di kawasan tempat kenderaan jentera berat di Klang, dekat sini baru-baru ini.

Serbuan kira-kira pukul 11.20 malam, 1 Februari oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Selangor dan Pahang turut menahan seorang suspek lelaki warga emas berusia 60an.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairy Mat Radey berkata, siasatan mendapati kegiatan haram yang didalang satu sindiket berkenaan beroperasi selama enam bulan.

“Siasatan mendapati minyak masak terbabit dikilangkan di Pahang namun dibawa ke negeri ini untuk tujuan pembungkusan semula sebelum dijual di pasaran gelap untuk kegunaan industri.

“Semasa serbuan kita menemui 400 karton berisi 6,800 peket minyak masak satu kilogram dalam sebuah lori,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut menyita lori dan beberapa dokumen perniagaan berkaitan aktiviti itu seperti bil pembelian, nota tempahan yang dianggarkan keseluruhan rampasan bernilai RM67,000.

“Kita tidak menolak kemungkinan terdapat pihak lain yang terlibat dengan siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd. Zuhairy memaklumkan pihaknya turut merampas 307 unit tong gas kosong berkapisiti 14 kg dan 50 kg daripada sebuah gudang di sekitar Rawang pada 29 Januari lalu.

Menerusi operasi itu juga merampas dua buah lori, peralatan pemindahan LPG dan beberapa dokumen berkaitan dengan nilai keseluruhan rampasan RM103,411.

“Modul operandi sindiket ini adalah membeli gas 14 kg bersubsidi terus daripada lori penghantaran LPG dan seterusnya dijual di pasaran gelap.

“Justeru, bagi kedua-dua kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... leweng-di-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056359 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list