CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8815|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Energy Stick' produk berbahaya, ancaman kepada kesihatan awam - MPS

[Copy link]
Post time 8-2-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode

‘Energy stick’ dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2.50 sehingga RM10. - Foto Facebook Public Health Malaysia

KUALA LUMPUR: Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) menegaskan 'Energy Stick' adalah sejenis produk yang berbahaya dan menjadi ancaman kepada kesihatan awam.

Justeru, pihak berkenaan bimbang dengan penjualan alat seperti vape atau rokok elektronik itu yang kini giat dipasarkan kepada orang dewasa termasuk pelajar sekolah.

Malah, Presiden MPS, Prof Amrahi Buang, menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap penjual yang mempromosikan produk berbahaya ini.

"Penetapan harga dan pemasaran produk yang didakwa, dijual pada harga serendah RM2.50 secara dalam talian menimbulkan kebimbangan serius kerana ia mudah diakses individu termasuk kanak-kanak.



"Tambahan pula, MPS mengulangi cadangannya agar Dr Dzulkefly mengembalikan status cecair vape yang mengandungi nikotin ke dalam Senarai Racun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amrahi berkata, langkah proaktif ini sejajar advokasi berterusan MPS untuk larangan produk vape, mengakui potensi risiko kesihatan yang berkaitan dengan amalan ketagihannya.

"Kerajaan perlu mengutamakan kesejahteraan jangka panjang orang ramai dengan pantas dan menangani serta melarang penjualan mana-mana produk yang memudahkan akses kepada nikotin.

"Kami terus menyeru untuk memasukkan Generational End Game (GEG) ke dalam Kawalan Akta Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 bagi menangani isu berkaitan merokok yang lebih meluas produk," katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata pihaknya sedang mengenal pasti tindakan serta peraturan yang akan diambil terhadap penjual produk penyedut hidung (nasal inhaler) atau 'Energy Stick' yang kini giat dijual dan dipromosikan menerusi sosial media, kononnya dapat memberi tenaga dan kesegaran kepada penggunanya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya sudah mengenal pasti perkara itu yang dibangkitkan sejak beberapa hari lalu.

"Ini adalah isu bersama dan kita juga sudah dihubungi oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung perkara ini untuk melihat kerjasama yang dapat dilaksanakan dalam mengekang penggunaan produk berkenaan daripada berleluasa.

"Kita akan melihat apakah bentuk tindakan dan peraturan yang kita boleh ambil untuk mengelakkan 'Energy Stick' ini daripada terus dijual di pasaran kerana ia menyerupai 'vape' dan boleh memudaratkan kesihatan terutama kanak-kanak.

"Perkara ini masih baharu dan kita tiada data penggunaan produk ini dalam kalangan kanak-kanak namun kita sedang memantau secara rapi isu ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kesihatan-awam-mps
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.169091 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list