CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8685|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 49 ahli sindiket tipu pelaburan diberkas

[Copy link]
Post time 8-2-2024 10:37 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA individu ditahan dan barangan yang dirampas dalam serbuan sindiket penipuan pelaburan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam. FOTO Ihsan Polis

Kuala Lumpur: Seramai 47 warga asing dan dua lelaki tempatan disyaki ahli sindiket penipuan pelaburan ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur jam 8.20 malam.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 30 lelaki dan 17 wanita warga asing serta dua lelaki tempatan yang berusia antara 20 hingga 39 tahun.

"Kami turut merampas 47 set komputer, 49 telefon bimbit, masing-masing enam komputer riba dan televisyen yang dipercayai digunakan bagi kegiatan itu," katanya dalam kenyataan, hari in


Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi hampir enam bulan lalu dengan menyasarkan mangsa di luar negara menggunakan aplikasi permesejan.

"Sindiket itu memperdaya mangsa dengan tawaran keuntungan pembelian melalui tiga pakej pilihan iaitu Silver, Gold dan Platinum dengan minimum pelaburan bernilai 250 Euro (RM1,282) hingga 1,000 Euro (RM5,128).

"Semakan lanjut dilakukan mendapati dua warga tempatan yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di daerah ini boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pelaburan-diberkas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.264980 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list