CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8459|Reply: 0

[Johor] Pejalan kaki maut dilanggar MPV

[Copy link]
Post time 8-2-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode

POLIS menjalankan pemeriksaan dikawasan kemalangan di kilometer 63, Jalan Johor Bharu - Ayer Hitam malam kelmarin yang menyebabkan seorang pejalan kaki warga emas, Son Ah Kow maut akibat dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

KLUANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas mengalami kecederaan parah akibat dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Kilometer 63, Jalan Johor Bharu – Ayer Hitam malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.13 malam itu melibatkan seorang pejalan kaki iaitu Son Ah Kow, 70, dengan sebuah MPV Toyota Estima dipandu seorang lelaki berusia, 46.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kenderaan MPV itu dalam perjalanan dari arah Johor Bharu ke Ayer Hitam manakala mangsa berjalan kaki.

“Mangsa dikatakan berjalan kaki ditengah-tengah jalan sebelum dilanggar oleh MPV berkenaan kerana keadaan jalan gelap akibat tiada lampu jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Bahrin, pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kenderaan dipandunya hanya rosak pada bahagian cermin hadapan sebelah kanan sahaja.

Ujarnya, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... maut-dilanggar-mpv/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.313874 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list