CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2079|Reply: 0

[Sabah] Mohamad terima kunjungan hormat AJK PAPIM

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAKENANGAN: Ahmad (dua kiri) menyerahkan baju korporat dan topi berlogokan PAPIM kepada Mohamad (kiri) sambil diperhatikan oleh Mohd Amin, Ag Kassim, Ag Ghazali, Hussin, dan Rusman selepas kunjungan itu.

KIMANIS: Persatuan Kebajikan dan Reakreasi Anak-Anak Kampung Pimping Membakut di Kota Kinabalu (PAPIM) mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin di Pusat Khidmat Masyarakat di sini semalam.

Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi PAPIM Ahmad Dipong  disertai beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi PAPIM termasuk Penolong Setiausaha Alihussain Matnoor; Bendahari Awang Ag Kassim Ismail; Penolong Bendahari Ag Ghazali Ag Ghani @ Tuan Carlos; dan  Amin Muin.

Turut hadir dalam pertemuan lebih setengah jam itu ialah Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Rusman Dulamit.

Kunjungan itu bertujuan memperkenalkan AJK PAPIM kepada Ahli Parlimen Kimanis itu selain menerangkan objektif penubuhan persatuan selepas ia didaftarkan di Pejabat Pendaftar Persatuan (ROS) sejak tahun lalu.

Ahmad dalam taklimat ringkasnya memaklumkan kepada Mohamad, PAPIM ditubuhkan untuk mengukuhkan ikatan tali silaturahim dalam kalangan anak-anak Kampung Pimping yang bermastautin di kawasan pantai barat sahaja.

Beliau memaklumkan lebih 1,000 orang anak-anak Pimping berada di kawasan bandaraya  dan penubuhan PAPIM akan dijadikan sebagai payung dan jambatan dalam mengukuhkan persaudaraan sesama mereka.

Ia sekali gus dapat memberikan fokus kepada kegiatan kebajikan dalam kalangan ahli-ahlinya.

"PAPIM juga sebagai wadah untuk membolehkan anak-anak Pimping saling mengenali antara satu dengan lain kerana ramai generasi muda mungkin tidak mengenali keluarga sekampung yang tinggal di bandar terutama di kawasan pantai barat," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini PAPIM hanya membuka keahlian kepada mereka yang tinggal dari Kinarut hingga ke Tuaran tetapi atas cadangan Penasihat PAPIM iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut  Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, keahlian akan diperluaskan ke seluruh kawasan pantai barat.

Selain itu, Ahmad turut meminta anak-anak Kampung Pimping yang ingin menjadi ahli boleh berhubung dengan semua AJK PAPIM.

Beliau turut memaklumkan kepada Mohamad mengenai kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh PAPIM antaranya membantu ahli-ahli yang berdepan musibah, mendapatkan rawatan di wad hospital dan mangsa-mangsa kebakaran di kampung melalui kutipan derma para ahlinya.

Sementara itu, Mohamad menyambut baik penubuhan persatuan itu dan berharap ia dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial untuk golongan sasaran mereka.

Beliau berkata, penubuhan persatuan seperti itu bukan saja akan dapat mengukuhkan persaudaraan dalam kalangan ahli-ahli mereka tetapi masyarakat keseluruhannya.

Pada masa sama, beliau meminta pegawai kanannya untuk menguruskan bantuan kewangan kepada persatuan itu apabila akaun kewangan persatuan sudah diselesaikan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.076300 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list