CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2203|Reply: 0

[Sabah] Juhar dan Hajiji akan hadir pada Majlis Tahun Baharu Cina LDP

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:42 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Chin (lima kanan), Yong (empat kiri), Shu Ying (empat kanan) serta pemimpin LDP yang lain menyerahkan surat jemputan kepada Hajiji (lima kiri).

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor akan hadir pada Majlis Tahun Baharu Cina Parti Liberal Demokratik (LDP) 2024.

Majlis itu diadakan di Dewan Hakka pada 17 Februari 2024 yang akan berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 1 petang.

Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji di sini, semalam.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Majlis Datuk Yong Wui Chung, Setiausaha Agung Datuk Chin Shu Ying, Naib Presiden David Ong dan Sim Fui, Ketua Penerangan Simon Chin, Ketua Pergerakan Wanita Pusat Glenna Wong, Timbalan Setiausaha Agung Chin Soon Ho, Timbalan Bendahari Agung Chin Kiang Ming dan pemimpin LDP yang lain.

Chin juga menjelaskan bahawa Istana Negeri turut mengesahkan bahawa Juhar akan hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Yong berkata, majlis berkenaan turut menjemput tetamu seperti para Menteri kabinet Negeri, Pembantu Menteri, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan negeri, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Pemimpin Komuniti Cina, Ahli-ahli Majlis Tertinggi LDP, Pemimpin LPD Bahagian Pantai Barat serta ahli keluarga mereka.

Para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan tarian Naga, kehadiran dewa kekayaan, acara yee sang, pemberian angpow kepada kanak-kanak, persembahan tarian dari Sekolah Menengah Kian Kok serta nyanyian oleh penyanyi seperti Wesley Liew, Pei Pei Annabelle, Simon Chin, Zev Leong dan Mulan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056554 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list