CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2144|Reply: 0

[Sabah] Industri pelancongan diyakini perkasakan ekonomi

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:40 PM | Show all posts |Read mode


AGIH: Limus mengagihkan limau kepada sebahagian peniaga yang ditemui di sekitar Pekan Kuala Penyu semasa program Walkabout diadakan.

KUALA PENYU: Industri pelancongan di Kuala Penyu bakal melonjakkan ekonomi masyarakat setempat apabila sebuah resort antarabangsa, Club Med diwujudkan.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, difahamkan resort terkemuka itu kini dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini, sekaligus memberi impak kepada kawasan Kuala Penyu.

"Menurut Pejabat Daerah Kuala Penyu, kerja-kerja pembinaan Club Med ini sudah mencapai 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun.

"Sebaik siap, resort antarabangsa ini bakal membawa masuk pelancong dari seluruh dunia dan sudah tentu kawasan ini akan menikmati limpahan daripadanya khususnya dalam aspek ekonomi.

"Termasuk peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas untuk masyarakat setempat," katanya ketika ditemui semasa program 'Walkabout' sempena Tahun Baru Cina di Pekan Kuala Penyu.

Dalam pada itu, Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berharap proses tender berkaitan beberapa pembangunan yang telah diluluskan untuk kawasan ini dapat segera dimuktamadkan.

Menurutnya, ia perlu supaya insfrastruktur membabitkan projek pembangunan di Kuala Penyu dapat memberi manfaat untuk masyarakat di kawasan ini.

Katanya, antara perancangan itu membabitkan pembinaan 200 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR), 100 unit lot kedai dan pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Penyu yang baharu.

"Pembinaan PPR dan IPD Kuala Penyu difahamkan dalam proses untuk ditenderkan, manakala lokasi tapak lot kedai masih dalam proses teknikal.

"Justeru, kita berharap proses berkaitan dapat segera diselesaikan agar pembinaan insfrastruktur ini dapat dimulakan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056898 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list