CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2660|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek asrama pekerja asing: Penduduk boleh terus bantah - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Projek asrama pekerja asing: Penduduk boleh terus bantah - Kon Yeow

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
07 Februari 2024 03:59pm




Chow Kon Yeow




GEORGE TOWN - Penduduk di sekitar Teluk Kumbar yang membantah projek asrama pekerja asing boleh terus melakukan bantahan mereka.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemaju sudah mengambil maklum tentang bantahan yang dibuat Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar sebelum ini.



Menurutnya, Kerajaan Pulau Pinang hanya menunggu keputusan yang dibuat dalam perbincangan Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar dengan pemaju.

"Pemaju sudah membuat dua kali permohonan kebenaran merancang dan pihak jawatankuasa bantahan pun sudah buat beberapa kali bantahan. Apa yang saya maksudkan sebelum ini, masing-masing boleh menguruskan apa yang mereka mahu.



"Jika pihak jawatankuasa bantahan mahu bantah, mereka boleh terus membantah. Pemaju sudah dengar bantahan, jadi terpulang kepada pemaju sama ada mahu meneruskan, meminda, mengecilkan skala atau apa saja keputusan," katanya merasmikan pembukaan Hotel Penang Marriot di sini pada Rabu.

Kata Kon Yeow, kerajaan negeri tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk membuat permohonan kebenaran merancang.

"Daripada pihak kerajaan negeri, kita menunggu keputusan mereka. Kita tak boleh halang siapa-siapa untuk buat permohonan. Itu pendirian saya.

"Pemaju pun ada bagi surat kepada saya malah mereka mengakuinya," katanya.




Menurut Kon Yeow, pada masa ini hanya satu sahaja projek pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar iaitu di kawasan Bandar Baru Perda yang telah mendapat kelulusan merancang.

"Kebenaran merancang adalah satu kebenaran yang mempunyai syarat-syarat untuk dipatuhi oleh pemaju seperti keperluan untuk membaiki jalan, baiki simpang dan sebagainya.








"Jadi ia terpulang kepada pemohon (pemaju) sama ada mereka mampu atau tidak tunaikan syarat-syarat (dalam kebenaran merancang)," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar dan pemaju untuk membincangkan mengenai bantahan projek asrama warga asing di Teluk Kumbar, Bayan Lepas.

Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat selepas pertemuan kerajaan negeri bersama wakil jawatankuasa bertindak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz serta Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Chik pada pagi Jumaat lalu.

Ini berikutan, Kon Yeow berkata, jawatankuasa bantahan itu hanya membantah lokasi projek asrama berkenaan dan bukannya konsep pembinaan asrama pekerja yang telah menjadi keperluan undang-undang di Malaysia.

Beliau berkata lagi, Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan kebenaran merancang yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung projek asrama pekerja asing di Teluk Kumbar.

Kata Kon Yeow, SPC hanya boleh membuat keputusan mengenai pengezonan semula tanah untuk pembangunan yang mana, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berperanan menerima permohonan kebenaran merancang dan akan meluluskannya.

Sejak beberapa bulan lalu, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak Kerajaan Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan tersebut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049623 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list