CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9555|Reply: 0

[Johor] KPDN 'tak tidur' lakukan penguatkuasaan pembelian RON95 kenderaan asing

[Copy link]
Post time 7-2-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kulai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor giat melaksanakan penguatkuasaan pembelian petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing termasuk Singapura di stesen minyak di negeri ini.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata pemantauan dilakukan penguatkuasa secara berterusan, sekali gus menjelaskan pihaknya "tidak tidur" dalam soal ketirisan minyak petrol bersubsidi itu.

"Penguatkuasa KPDN tidak tidur dalam soal ini, memang kami jalankan penguatkuasaan dan pemantauan secara 24 jam. Namun, kami tidak dapat nafikan perkara itu masih berlaku, sehingga terdapat rakaman video tular di media sosial.

"(Jika berlaku) Saya berharap pengadu boleh sertakan maklumat berkenaan stesen minyak, lokasi dan masa kejadian," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pelupusan Ekshibit Tahun 2023 di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Senai di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penguatkuasaan pembelian petrol RON95 terhadap kenderaan berpendaftaran asing termasuk dari Singapura.

Lilis Saslinda turut menyeru pemilik stesen minyak agar bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan menjadikan pekerja mereka sebagai mata serta telinga penguat kuasa.

"Petugas yang ditempatkan di luar boleh menjadi mata dan telinga kepada stesen minyak berkenaan dengan memainkan peranan menghalang kenderaan asing daripada membuat pembelian minyak RON95.

"Ini penting, kerana sekiranya pemilik stesen minyak didapati cuai, sehingga menyebabkan perkara itu berlaku, mereka boleh dikenakan tindakan denda dan tutup premis sekiranya kesalahan terus berulang," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga diminta untuk segera menyalurkan maklumat, sekiranya mengesan kenderaan asing menggunakan minyak subsidi itu di stesen minyak terlibat dan dinasihatkan agar mengelakkan daripada bersemuka dengan pemilik kenderaan tersebut, supaya tidak terlibat dalam sebarang pergaduhan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa harga barangan di bandar raya Johor Bahru adalah mahal, berbanding di kawasan lain kerana ia menjadi tumpuan warga Singapura, beliau berkata tiada data saintifik yang dapat membuktikan dakwaan tersebut.

Beliau berkata ini kerana harga barangan di bandar raya itu adalah mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh unit pemantauan.

"Setakat ini, masih belum ada data saintifik menyebabkan perkara itu berlaku. Namun pendekatan KPDN Johor mudah, sekiranya pengguna mendapati ada berlaku unsur pencatutan atau masalah bekalan, mereka boleh terus salurkan aduan rasmi kepada kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n95-kenderaan-asing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056525 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list