CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9636|Reply: 0

[Johor] Mekanik mengaku rogol adik bekas kekasih hingga hamil

[Copy link]
Post time 7-2-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode

Muar: Mekanik yang pernah dituduh mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik bekas teman wanitanya hingga hamil, bulan lalu.

Amer Hamdy Rosli, 23, yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik bekas teman wanitanya berusia 13 tahun di sebuah rumah dalam daerah ini, pada jam 5 pagi, 22 Disember lalu.

Hukuman bagi pertuduhan itu adalah tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan dilakukannya serius serta selari dengan Seksyen 56B Kanun Keseksaan.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan, mahkamah memutuskan tiada sebarang ikat jamin dibenarkan terhadap tertuduh.

Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan 19 Februari ini untuk pihak pendakwaan menyediakan fakta kes serta menjatuhkan hukuman.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dilaporkan berkata, polis menahan tertuduh selepas ibu mangsa membuat laporan mengenai anaknya didakwa dirogol hingga hamil.

Katanya, sebelum kejadian itu, tertuduh yang didakwa mengikut akta ATIPSOM kerana menyeludup pendatang asing bulan lalu, merogol mangsa ketika bertandang ke rumah remaja itu.

Menurutnya, kejadian itu terbongkar dan mangsa disahkan hamil melalui ujian air kencing yang dijalankan di Klinik Kesihatan Maharani, di sini selepas mangsa mengalami muntah dan demam.



Amer Hamdy dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku merogol adik bekas teman wanitanya hingga hamil. FOTO Alias Abd Rani

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekasih-hingga-hamil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.246856 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list