CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6602|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pemandu lori didenda RM35,000, miliki diesel secara borong tanpa lesen

[Copy link]
Post time 7-2-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode

M. JAGATHISAN (kanan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan hari ini bagi didakwa atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual minyak diesel secara borang tanpa lesen pada 11 Oktober 2022.

SEREMBAN – Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual minyak diesel secara borong tanpa lesen pada 11 Oktober 2022.

Orang Kena Saman (OKS), M. Jagathisan 33, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS didapati memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 13,405 liter, dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak diesel secara runcit atau borong tanpa lesen.

Perbuatan itu dilakukan di Lot 10654, Batu 6, Jalan Seremban 71010 dalam daerah Port Dickson pada kira-kira pukul 11.30 pagi bertarikh 11 Oktober 2022.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Nazarudin Zainuddin memohon mahkamah mengambil pertimbangan akan ketirisan yang hilang hasil cukai yang dibayar oleh rakyat dan mencadangkan agar satu hukuman literal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

“Banyak kes didaftarkan berhubung ketirisan dan saya percaya denda yang rendah tidak akan menberi pengajaran kepada tertuduh,” katanya.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam pembela, Harcharan Singh berkata, anak guamnya hanya mempunyai pendapatan sekitar RM2,000 dan perlu menanggung seorang ibu dan adik.

“Ini kali pertama anak guam saya melakukan kesalahan dan OKS telah insaf akan perbuatan selain memberikan kerjasama sepenuhnya dari tarikh ditangkap. Saya memohon agar wang denda dikurangkan,” katanya lagi.

Mazni kemudiannya menetapkan denda dikenakan terhadap OKS sebanyak RM35,000 dan sekiranya gagal boleh dikenakan penjara empat bulan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... borong-tanpa-lesen/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047615 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list