CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6059|Reply: 0

EPL: Martinez terpaksa berehat lapan minggu

[Copy link]
Post time 7-2-2024 02:10 PM | Show all posts |Read mode

MARTINEZ bakal terlepas sembilan perlawanan sepanjang lapan minggu tempoh pemulihan ekoran kecederaan ligamen lutut. - AFP

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez sekali lagi terpaksa melupakan aksi musim ini apabila mengalami masalah kecederaan ligamen lutut ketika menentang West Ham United Ahad lalu.

Pemain antarabangsa Argentina itu dilapor kemungkinan terpaksa berehat sehingga lapan minggu selepas insiden pelanggarannya bersama pemain pertahanan The Hammers, Vladimir Coufal pada minit ke-66 perlawanan.

Bagaimanapun, dia cuba untuk meneruskan permainan sebelum terpaksa dibawa keluar dan digantikan dengan Raphael Varane empat minit kemudian dan ujian imbasan mendapati terdapat kecederaan pada ligamen lututnya.

“Lisandro Martinez dikesan mengalami kecederaan pada bahagian ligamen lutut dan tempoh pemulihannya mungkin mengambil masa sehingga lapan minggu.

“Kami berharap Licha mampu sembuh dengan lebih cepat dan kelab sangat teruja untuk menyaksikan dia kembali ke padang sebelum musim ini berakhir,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh United.

Bagaimanapun, terdapat perkhabaran yang positif diterima United apabila kecederaan Martinez itu tidak memerlukannya menjalani pembedahan, tetapi dia mungkin akan terlepas sehingga sembilan perlawanan sepanjang proses pemulihan berkenaan.

Aksi menentang West Ham tersebut merupakan perlawanan keempat disertai Martinez apabila dia sebelum ini terpaksa berehat selama empat bulan ekoran pembedahan kedua kakinya yang patah ketika menentang Sevilla pada aksi Liga Europa April tahun lalu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... rehat-lapan-minggu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.038746 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list