CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7784|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kon Yeow jangan cuci tangan' - PRM

[Copy link]
Post time 7-2-2024 12:53 PM | Show all posts |Read mode
'Kon Yeow jangan cuci tangan' - PRM

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
07 Februari 2024 12:20pm




Ravinder menunjukkan aturan bagi proses pengezonan semula tanah pada sidang akhbar pada Rabu.




GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Chow Kon Yeow tidak sepatutnya 'cuci tangan' terhadap pembinaan 512 unit rumah dalam projek asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, Bayan Lepas.

Naib Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) Pulau Pinang, Ravinder Singh berkata, kenyataan Kon Yeow bahawa Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan kebenaran merancang yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan adalah tidak benar.



Ini kerana katanya, projek terbabit melibatkan garis panduan pengezonan semula tanah untuk pembangunan yang mana ia merupakan kuasa di bawah SPC.
"Mengikut surat MBPP yang saya terima pada 8 Januari lalu, Mesyuarat SPC pada 2022 telah memutuskan untuk menimbang semula permohonan peningkatan nisbah plot cadangan dan mematuhi syarat-syarat diberikan.


"Oleh demikian, adalah tidak benar jika Kon Yeow yang juga Pengerusi SPC mendakwa bahawa SPC tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan projek berkenaan.

"Kon Yeow tidak sepatutnya lepas tangan berhubung isu ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa SPC mempunyai kuasa kerana projek ini melibatkan garis panduan pengezonan semula tanah," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar pada Rabu.

Tambah Ravinder, tanah yang akan dibangunkan projek berkenaan telah dizonkan semula daripada 'low density' kepada high density' dengan menggunakan garis panduan pengezonan semula tanah.

"Kaedah ini adalah salah kerana ia merupakan 'ultra-vires' di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," ujarnya.




Tegas beliau, Kon Yeow juga tidak sepatutnya menjadikan MBPP sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri dalam isu projek asrama pekerja asing berkenaan.

"MBPP tidak boleh memberi kelulusan kepada mana-mana projek sekiranya status tanah tidak sesuai dengan jenis projek yang dicadangkan. Status plot tanah (contoh kepadatan plot dan kegunaan tanah) untuk asrama perlu ditukar terlebih dahulu untuk membolehkan pembangunan bertingkat tinggi dan berketumpatan tinggi.








"Pengezonan semula plot tanah itu pula bukan dilakukan oleh MBPP tetapi SPC. Ia jelas menunjukkan Kon Yeow sengaja meletakkan tanggungjawab kepada MBPP untuk melepaskan dirinya," katanya.

Oleh demikian, Ravinder menuntut penjelasan lanjut daripada Kon Yeow berhubung isu ini kerana ia melibatkan kepentingan penduduk di sekitar Teluk Kumbar.

"Kami menyokong tindakan penduduk yang membantah projek ini kerana kawasan yang dipilih sangat tidak sesuai.

"Ia akan menyebabkan kesesakan trafik yang sangat teruk selain masalah-masalah lain," katanya.

Minggu lalu, Kon Yeow berkata, Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar dan pemaju untuk membincangkan mengenai bantahan projek asrama warga asing di Teluk Kumbar, Bayan Lepas.

Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat selepas pertemuan kerajaan negeri bersama wakil jawatankuasa bertindak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz serta Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Chik pada pagi Jumaat.

Ini berikutan, Kon Yeow berkata, jawatankuasa bantahan itu hanya membantah lokasi projek asrama berkenaan dan bukannya konsep pembinaan asrama pekerja yang telah menjadi keperluan undang-undang di Malaysia.

Beliau berkata lagi, Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan kebenaran merancang yang diberikan oleh MBPP.

Sebelum ini, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak Kerajaan Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan tersebut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list