CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8273|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suami, isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang direman 4 hari

[Copy link]
Post time 7-2-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Suami, isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang direman 4 hari


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Suami isteri yang dipercayai menganggu pemanduan pengguna jalan raya dengan menakutkan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk perintah reman. FOTO Nur Izzati Mohamad




Bukit Mertajam: Sepasang suami isteri yang dilaporkan menganggu pengguna jalan raya dengan menakutkan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang direman selama empat hari.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 50 dan wanita berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan bermula hari ini hingga Sabtu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang berpakaian lokap tiba di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi polis.

Semalam, kedua-dua suspek itu ditahan polis di sebuah premis dekat Georgetown susulan video tular yang memaparkan kelakuan berbahaya pasangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris dilaporkan berkata, pihaknya mengesan suspek selepas melihat satu video tular kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin.



Disiarkan pada: Februari 7, 2024 @ 11:51am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.457736 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list