Edited by maklukpenggoda at 8-2-2024 12:27 PM
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi bualan ramai di media sosial selepas memuat naik hantaran mengenai rumah tangga sehingga mencetuskan tanda tanya.
Hantaran penyanyi itu yang mesra disapa TokTi mengundang pelbagai andaian mengenai hubungan rumah tangganya dengan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa.
Antara hantaran itu adalah mengenai bagaimana layanan seorang suami kepada isteri, ujian terbesar isteri, dan enam alasan kenapa suami tidak boleh membentak isteri.
Hantaran-hantaran itu seterusnya menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen terutamanya di platform media sosial X.
“Itulah. Tapi dia pun dah padam hantaran itu. Mungkin ada orang yang dia kenal sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga. Jadi dia berkongsi hal itu. Semoga baik-baik sahaja untuk Siti Nurhaliza sekeluarga,” tulis netizen memetik Harian Metro.
“Selama kenal Siti Nurhaliza ini dari zaman tak ada media sosial sampai ada, hal-hal peribadi atau masalah tak pernah nampak pun dia kongsi sesuka hati.
“Nasib baik kita tak speku (spekulasi) apa-apa. Kekal tenang kalian. Insya-Allah semua baik-baik sahaja. Amin,” tulis satu lagi pengguna X.
|