CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4992|Reply: 0

[Sabah] Hampir 600 peserta meriahkan MAKNA Founder’s Fun Run 2024

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode


MERIAH: Sebahagian peserta yang menyertai MAKNA Founder’s Fun Run 2024 sempena ulang tahun ke-30 MAKNA.

KOTA KINABALU: Hampir 600 peserta termasuk mereka yang berjuang melawan penyakit kanser menjayakan 'MAKNA Founder’s Fun Run' 2024.

Acara larian itu dianjurkan sempena dengan ulang tahun ke-30 penubuhan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Pengurus Besar MAKNA Farahida Mohd Farid berkata, MAKNA Founder’s Fun Run 2024 bukan sahaja meraikan tiga dekad keazaman MAKNA, tetapi ia juga menjadi peringatan mengenai kepentingan melawan kanser.

Katanya, selaras dengan tema rasmi Hari Kanser Sedunia 2024, 'Merapatkan Jurang Penjagaan Kanser', MAKNA menekankan kepentingan hak sama rata terhadap penjagaan kanser, rawatan, dan sokongan untuk semua individu yang terkesan dengan penyakit itu.

"Kami sangat gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat untuk MAKNA Founder’s Fun Run 2024.

"Marilah kita berlari bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk mereka yang tidak mampu berlari, untuk mereka yang tidak lagi bersama kita, dan untuk mereka yang terus memberi inspirasi kepada kita.

"Bersama-sama, kita boleh memberikan impak yang bermakna," katanya sempena acara itu di Perdana Park Tanjung Aru di sini pada Ahad lepas.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 1994, MAKNA berada di barisan hadapan dalam perjuangan menentang kanser dengan menyediakan perkhidmatan penting kepada mereka yang terkesan oleh kanser.

Menurutnya, antara program yang disediakan termasuklah Program Bursary MAKNA iaitu inisiatif menyediakan bantuan pengangkutan hospital, peralatan perubatan, ubat-ubatan bukan formulasi, dan barang-barang penting kepada pesakit kanser yang kurang berkemampuan.

Selain itu jelasnya, MAKNA turut menyediakan Unit Saringan Kanser MAKNA bagi membantu komuniti terpencil yang jauh dari kemudahan perubatan mendapatkan saringan kanser percuma, termasuk mamogram, ultrasound, dan kit ujian iFOBT.

Katanya, MAKNA menjalin kerjasama dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Institut Kanser HCTM-MAKNA untuk menyediakan kemudahan komprehensif, termasuk wad onkologi, pusat radioterapi, dan wad pemindahan sel stem.

"Sehingga 2023, MAKNA berjaya membantu sebanyak 6,024 kes kanser dan menjalankan hampir 10,000 saringan kanser di Sabah dan sejumlah 26,234 pesakit kanser menerima rawatan di Institut Kanser HCTM-MAKNA.

"Selain acara larian ini, sambutan Hari Kanser Sedunia turut diadakan agar peserta berpeluang untuk berinteraksi dengan pegawai kesihatan, mendapatkan informasi mengenai kanser di samping menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti memanah, cabutan bertuah dan lukisan mural," jelasnya.

Beliau berkata, kejayaan MAKNA Founder’s Fun Run 2024 adalah hasil sokongan jitu para penaja, sukarelawan, dan peserta.

Dalam pada itu katanya, untuk maklumat lanjut mengenai MAKNA dan usaha-usaha melawan kanser, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.makna.org.my.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.177774 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list