CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5042|Reply: 0

[Sabah] Peningkatan prestasi akademik, peluang buka Kelas Aliran Agama

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:17 PM | Show all posts |Read mode


MPAK: Saruddin (duduk, lapan kanan) merakamkan kenangan bersama warga sekolah dan tetamu jemputan sempena Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sekolah Rendah Islam Ar Raudhah Sandakan.

SANDAKAN: Peningkatan prestasi akademik sekolah agama mendorong kepada pembukaan lebih banyak Kelas Aliran Agama (KAA) peringkat sekolah menengah di daerah ini.

Penolong Pegawai Pendidikan Unit Pendidikan Islam Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Saruddin Andang berkata, pihaknya berbangga dengan peningkatan prestasi pencapaian akademik terutama bagi sekolah agama.

"Kemenjadian ini menjadi asbab pembukaan lebih banyak KAA di peringkat sekolah menengah di Sandakan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan (MPAK) Sekolah Rendah Islam Ar Raudhah Sandakan Kali Keenam di sini.

Sementara itu Pengerusi Majlis Syura Ahdin Singky turut menzahirkan rasa syukur atas pencapaian memberangsangkan murid sekolah itu.

Menurutnya, kejayaan itu juga sebagai tanda positif dalam pencapaian misi dan visi sekolah yang berhasrat melahirkan ikon pelajar yang cemerlang dalam bidang agama, tahfiz dan akademik.

Ahdin juga mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada semua murid serta menjayakan MPAK itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pendaftaran sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga sekolah itu berjaya menjadi sekolah agama swasta yang ketiga di Sabah berdaftar di bawah kementerian.

Sementara itu, Mudir Sekolah Rendah Islam Ar Raudhah Sandakan Bunyamin Bakri berharap dengan adanya majlis itu, semua murid lebih bermotivasi untuk bersaing secara sihat dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya menerima anugerah dan berharap kejayaan yang diperoleh dapat menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya.

MPAK kali ini menyaksikan Muhammad Syahmie Syahiran menerima anugerah Tokoh Pelajar dan Tokoh Kokurikulum manakala Batrisya Dian Qistina menerima Anugerah Tokoh Hal Ehwal Murid.

Pada majlis itu, seramai 51 murid Tahun 6 menerima Sijil Tamat Persekolahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.061281 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list