CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4747|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan pastikan tiada pelajar tercicir dari terima bantuan

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:16 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Jahid (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama pihak sekolah dan tetamu jemputan lain pada majlis itu.

TAMPARULI: Kerajaan negeri sentiasa peka dalam memastikan setiap pelajar yang layak tidak tercicir dari menerima bantuan kerajaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, kerajaan menerusi kementerian dan agensi berkaitan sentiasa mahu memastikan kemajuan dan kecemerlangan sekolah di kawasan luar bandar.

Katanya, usaha berkenaan sekali gus merapatkan jurang pendidikan sekolah di bandar dan luar bandar.

"Segala usaha dilakukan bukan sahaja memberi manfaat besar kepada sekolah-sekolah, malah rakyat secara keseluruhan," katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Kapa dekat sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri terus mengambil inisiatif untuk memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan yang berkualiti.

Menurutnya, selain bantuan kerajaan dan pemimpin itu sendiri, kaedah-kaedah kreatif perlu diguna pakai untuk memudah cara, bagi meringankan beban ibu bapa.
Katanya, langkah  seperti itu mampu memberi semangat kepada murid-murid untuk meneruskan pembelajaran seharian.

Dalam pada itu, Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli merakamkan penghargaan terima kasih kepada Guru Besar SK Kapa Sadia @ Sadiah Yahya yang bakal bersara tidak lama lagi.

"Harapan kami semoga cikgu terus berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara serta dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan kelak, Insya Allah.

"Perpisahan cikgu dengan sekolah ini pastinya sesuatu yang sangat bererti kerana banyak sumbangan yang diberi bukan sahaja dalam melahirkan modal insan tetapi juga dalam memastikan SK Kapa dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah luar bandar yang lain," katanya.

Terdahulu, Sadia dalam ucapannya amat menghargai sumbangan Jahid kepada pihak sekolah sejak dahulu lagi.

Sumbangan Jahid berjumlah RM10,630 adalah bagi membantu membiayai pembaikan tandas sekolah, membeli keperluan pakaian kebudayaan, dan sedikit tabung kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kapa.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Jilias Lintar dan Yang Dipertua PIBG SK Kapa Finian Rindum.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.060177 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list