CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4592|Reply: 0

[Sabah] Bilik penginapan terbakar, enam pelancong terperangkap di balkoni

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:13 PM | Show all posts |Read mode


SELAMAT: Pasukan bomba menjalankan operasi membawa mangsa turun menggunakan tangga.

KOTA KINABALU: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan enam pelancong asing yang terperangkap dalam bangunan selepas salah sebuah bilik penginapan 'backpacker' terbakar di Jalan Haji Yaakub, Kampung Air di sini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, semua pelancong dari negara Switzerland, Slovakia, Russia, Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun terpaksa berada di balkoni luar bangunan tingkat tiga berkenaan sebelum pasukan penyelamat tiba.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 8.49 pagi sebelum menggerakkan 35 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

Tambahnya, operasi menyelamat terbabit dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu serta BBP Lintas.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah bilik penginapan di tingkat tiga memusnahkan keseluruhan bilik berkenaan.

"Lima bilik yang turut terjejas akibat terkena bahang api dan operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan satu aliran dari sumber air jentera," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, enam pelancong asing yang berada di balkoni luar bangunan tingkat tiga berjaya diselamatkan.

"Pasukan bomba berjaya membawa turun enam pelancong asing yang terperangkap di balkoni luar bangunan berkenaan menggunakan peralatan khas iaitu tangga lacon ladder.

"Semua mangsa berumur 22 hingga 28 tahun selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Katanya, operasi terkawal pada jam 9.10 pagi dan operasi keseluruhan ditamatkan sejam kemudian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060596 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list