CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3158|Reply: 0

[Selangor] Tahun Baharu Cina: JPJ periksa 361 bas seluruh negara

[Copy link]
Post time 6-2-2024 06:08 PM | Show all posts |Read mode

Lokman (dua kiri) memeriksa bahagian pemandu sebuah bas sempena Pemeriksaan Depoh Ops Khas Bulan Perayaan di Depoh Transnasional, hari ini. Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KAJANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan melibatkan 361 bas di 54 depoh bas seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, selain pemeriksaan teknikal, pihaknya turut memeriksa status saman pemandu dan syarikat pengendali yang tertunggak.

Menurutnya, daripada hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati tahap kesediaan operasi dan keselamatan bas berada dalam keadaan baik.

“Kita juga mendapati pemandu yang akan mengendalikan operasi bas ini mempunyai dokumen yang lengkap dan bersedia mengoperasikan perkhidmatan bas mengikut jadual yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, sebanyak 12 bas telah diambil tindakan dan 10 daripadanya dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di atas pelanggaran peraturan teknikal yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Pemeriksaan Depoh Ops Khas Bulan Perayaan di Depoh Transnasional, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan secara menyeluruh sepanjang bulan ini.

“JPJ memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pihak svarikat, pemilik dan pemandu bas ekspres termasuk mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Penguatkuasaan dan tindakan tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada sema pengguna,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... bas-seluruh-negara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051892 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list