CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3426|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada isu kenaikan harga ayam, sayur di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 6-2-2024 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Tiada isu kenaikan harga ayam, sayur di Pulau Pinang

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
06 Februari 2024 01:44pm




Jegan (kiri) ketika melakukan Walkabout Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya besar di Bukit Minyak, pada Selasa.




BUKIT MERTAJAM - Tiada isu kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran berlaku di negeri ini sebaliknya hasil pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mendapati ia dijual dengan harga berpatutan.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, pemantauan dibuat pihaknya mendapati harga ayam yang dijual di pasar awam, gerai dan pasar raya di negeri antara RM8 hingga RM10 sekilogram (kg).



Menurutnya, meskipun kerajaan menamatkan pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula 1 November lalu namun peniaga di negeri ini masih menjual ayam dengan harga berpatutan.

"Pemantauan harga ayam di pasar raya besar kebanyakan peniaga menjual ayam di bawah harga RM9 per kg manakala di pasar awam, gerai dan kedai runcit pula dijual antara RM9.40 ke RM9.50 setiap kg.



"Buat masa ini kita tidak menerima sebarang aduan atau mengesan peniaga menjual bahan mentah itu dengan harga yang mahal termasuk sayur dan gula walaupun di negeri lain ada dilaporkan berlaku (kenaikan harga)," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Selasa.

Terdahulu, Jegan bersama anggotanya melakukan Walkabout Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya besar di Bukit Minyak, di sini.

Dalam pada itu, Jegan berkata, seramai 174 pegawai penguat kuasa dan 62 pegawai pemantau harga seluruh KPDN negeri akan ditugaskan di lokasi strategik sepanjang sembilan hari pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina itu berlangsung.

Jelasnya, melalui strategi itu penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan malah tindakan segera dapat diambil terhadap aduan yang diterima dari pengguna.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.377613 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list