CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8509|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] JIM periksa 'asrama' warga asing, tahan 25 orang

[Copy link]
Post time 6-2-2024 09:18 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga asing yang diperiksa dalam operasi berkenaan. FOTO Raja Noraina Raja Rahim

Putrajaya: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah kondominium di sini, yang dijadikan penginapan sewa atau asrama kepada pekerja asing menerusi Operasi Penguatkuasaan, tengah malam tadi.

Dalam serbuan bermula 12 tengah malam, 47 unit di empat blok kediaman disyaki dihuni warga asing diperiksa oleh pasukan operasi.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pemeriksaan bersasar itu hasil daripada risikan yang dijalankan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan.

"Hasil serbuan, 127 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, 25 orang termasuk dua wanita berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.



"Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 warga India; enam Indonesia; tiga Pakistan; dua Myanmar dan seorang Filipina," katanya dalam sidang media selepas mengetuai operasi berkenaan.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, mereka dikesan melakukan kesalahan tiada dokumen perjalanan diri sah, menyalahgunakan pas lawatan sosial dan permit kerja serta tinggal lebih masa.

Katanya, terdapat juga warga asing yang menyalahgunakan permit kerja iaitu masuk ke negara ini untuk bekerja dalam sektor pembinaan, namun bekerja di restoran.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Kita akan panggil majikan untuk semakan dokumentasi dan siasatan. Sekiranya gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan permit sah, tindakan lanjut akan diambil.

"Berdasarkan soal siasat awal, mereka ini menghuni kondominium yang disewa oleh majikan dengan kadar RM2,500 sebulan dan setiap unit didiami antara lima hingga 10 orang," katanya.

Tambah beliau, tindakan menggajikan pendatang asing tanpa izin (pati) adalah menjadi kesalahan dan majikan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Untuk rekod bagi Januari tahun ini sehingga 2 Februari lalu, sebanyak 1,437 operasi dijalankan dengan 17,348 warga asing diperiksa.

Daripada jumlah itu, seramai 4,891 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dan 3,622 sudah diusir keluar ke negara asal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sing-tahan-25-orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055019 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list