CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7165|Reply: 0

[Selangor] KWSP lancar i-Lindung Fasa 2 untuk perlindungan ahli keluarga

[Copy link]
Post time 5-2-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan i-Lindung Fasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membolehkan ahli menggunakan dana dalam Akaun 2 mereka untuk membeli produk insurans dan takaful.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata produk insurans dan takaful itu terdiri daripada perlindungan nyawa dan penyakit kritikal untuk ahli keluarga terdekat mereka.

Ujarnya, ahli yang ingin membeli produk insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan syarikat insurans atau pengendali takaful yang diluluskan KWSP boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam aplikasi KWSP i-Akaun (Ahli).

“Sejak ia dilancarkan pada Julai 2022, hingga Disember 2023, lebih 102,301 ahli telah membeli sejumlah 118,166 polisi dan produk takaful melalui platform i-Lindung, yang meliputi insurans nyawa dan insurans penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

“Susulan daripada sambutan yang menggalakkan ini, KWSP telah memperkenalkan penambahbaikan yang memfokuskan kepada pengurusan polisi dan sijil, yang ditujukan untuk perlindungan lanjutan melebihi satu tahun,” katanya.

Tambah kenyataan itu, penambahbaikan ini merupakan satu kemajuan penting dalam evolusi platform i-Lindung, yang menggabungkan produk perlindungan jangka panjang untuk ahli KWSP dan keluarga tersayang.

“Platform yang dinaik taraf ini menawarkan ciri-ciri mesra pengguna bagi memudahkan pengurusan polisi yang diperkemas dan pembayaran berulang yang mudah untuk perlindungan jangka panjang,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang i-Lindung,boleh merujuk laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ngan-ahli-keluarga/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.495423 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list