CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8251|Reply: 0

[Perak] Kereta disyaki sengaja rempuh 2 kali, anggota polis parah

[Copy link]
Post time 5-2-2024 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Seorang anggota polis cedera parah selepas sebuah kereta dipercayai sengaja merempuhnya di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, malam tadi. - Foto ihsan polis

IPOH: Seorang anggota polis mengalami kecederaan parah selepas sebuah kereta dipercayai sengaja merempuh mangsa dalam insiden langgar lari di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu menyebabkan mangsa berumur 34 tahun patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Katanya, insiden berlaku ketika mangsa bersama seorang lagi anggota polis sedang bertugas melakukan rondaan cegah jenayah dengan menunggang motosikal.

Beliau berkata, mereka kemudian menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru yang dikesan berada dalam keadaan keadaan mencurigakan di tepi jalan.


Bagaimanapun, katanya, pemandu Proton Iriz terbabit didakwa mengundurkan kenderaan itu sehingga melanggar motosikal ditunggang mangsa menyebabkan anggota polis berkenaan terjatuh.

Selepas itu, beliau berkata, suspek dikata menggerakkan kereta terbabit ke hadapan sebelum sekali lagi mengundurkannya sehingga melanggar mangsa untuk kali kedua.

"Suspek kemudian memecut kereta meninggalkan tempat kejadian dengan menghala ke arah Tanah Hitam (Chemor).

"Perlanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan sehingga tidak dapat bergerak. Hasil pemeriksaan di hospital mendapati mangsa patah tulang rusuk dan tulang bahu," katanya dalam satu kenyataan, tengah malam tadi.

Susulan itu, Mohd Yusri berkata, usaha mengesan pemandu Proton Iriz terbabit sedang giat dijalankan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan cedera parah dengan niat membunuh.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan Norazlina Rais Ahmad melalui talian 013-6282176 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
https://www.bharian.com.my/berit ... anggota-polis-parah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048889 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list