CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22536|Reply: 0

[Sabah] Belia luar bandar diharap diberi peluang dalam program pembangunan belia

[Copy link]
Post time 4-2-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode


MOHD HALBI

KOTA KINABALU: Belia-belia di luar bandar diharap dapat diberikan peluang yang lebih luas oleh kerajaan dalam program-program pembangunan belia yang ditawarkan bagi mengoptimumkan keupayaan belia.

Presiden Persatuan Suara Belia Beaufort (SUARA) Mohd Halbi Abd Hassan (gambar) berkata, ia penting bagi memastikan belia-belia di Sabah khususnya di luar bandar dapat memberi sumbangan yang hebat dalam pelbagai aspek.

Jelasnya, dengan dana yang diperuntukkan daripada kerajaan negeri sebanyak RM16.89 juta tahun ini, Mohd Halbi berharap ia dapat digunakan sepenuhnya untuk pembangunan belia yang merangkumi keseluruhan kelompok belia dan daerah di Sabah.

⁠"Program kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran seharusnya diperbanyakkan agar belia khususnya diluar bandar mendapat manfaat yang lebih baik.

"Pada masa sama, saya juga berharap program-program yang dilaksanakan akan turut mementingkan 'output' atau impak sebaik sahaja belia menyertai sesuatu program pembangunan belia, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Utusan Borneo bagi mengulas mengenai peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM16.89 juta tahun ini bagi membangun dan memperkasa belia di Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Halbi turut menekankan tentang ⁠pengupayaan persatuan belia akar umbi yang perlu penambahbaikan dengan mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan kebebasan persatuan untuk memohon geran aktiviti Kementerian Belia Dan Sukan Sabah lebih sekali dalam setahun.

⁠"Belia luar bandar perlu diberikan fokus untuk melaksanakan agenda pembangunan belia memandangkan belia ini mempunyai potensi dan bakat namun agak kurang mendapat perhatian atau peluang, " katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor semasa perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Kali Ke-26 dan Malam Apresiasi Majlis Belia Sabah (MBS) dekat sini pada Sabtu berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan khusus memperuntukkan sebanyak RM16.89 juta bagi membangun dan memperkasa belia di Sabah tahun ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri komited terhadap pembangunan belia di Sabah kerana mahu melahirkan generasi belia yang mempunyai kualiti ilmu, kemahiran dan kepemimpinan bagi mencapai kesejahteraan sosio-ekonomi.

Tambahnya, belia perlu dipersiapkan dengan ilmu, kepimpinan dan kemahiran agar mereka mampu memimpin dan membawa masyarakat kepada kebenaran dan keadilan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052644 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list